Monday, May 23, 2011

Ups & Downs...Been there done that!

Last weekend was a great one, spent time with brother Rasyidi & even met brother Faisal. It was a great moment to be able to sit down and share my experience and feelings with some people who are able to 'write' professionally. I used to love writing myself, for my own journals & record but never intend to write publicly. Only when brother Faisal suggested that I 'blog' and start segmenting on what I want to write especially with regards my life journey. Nevertheless, the contecnt in the draft on his next book is so touching and very good as it describes the exact issues i have when it comes to handling mualaf like myself by the other Muslims. Then I thought to myself that the idea is not bad at all. Then, will all the kelam kabut to look for a new place to stay,searched through the net, asking friends around, then tayar kereta pulak pancit kena tukar tayar baru (sebab dah lama sangat tak tukar tayar, dah merekah..)...well apart from that there are some minor events yang agak mencabar kesabaran diri Ain kali ini.

However, surprisingly.....as days goes by, eversince I keep on thinking about what brother Yusry & Pak Meow said about handling emotions and choosing on to be happy the other day, alhamdulillah, I am beginning to take things that come along my way slightly better. yes, i still do 'mengomel' sometimes, (used to 'mengomel' a lot) but atleast not in a sense of marah or tertekan but mengomel as in ...'well...apa boleh buat!mesti ada hikmahnya,insyallah adalah tu nanti...' for example.

About two days ago the tragedy of a lanslide which took 16lives of brothers and sisters in rumah anak yatim in Hulu Langat, made me realized that ALLAH has HIS own reasons for planning ang letting things happen as HE knows whats best for us. Often we,including myself often forget that some things may happen in the ways that we are not so fond of, yet thats whats best for us. And as human, especially like those who are like myself, tend to be rebelious at times, whine and break down, however we are human after all. Anyways, there's nothing wrong in going through all that.BUT it has to stop at certain stage eventually. Remember what a brother used to tell me during my depression period about more than a couple of years ago...' IT IS TIME FOR YOU TO STOP..'

Rather that saying 'IT IS TIME FOR YOU TO START ANEW..' the old things happening within ourselves have to STOP first.stop the sorrow and grief,wrap it nicely and throw it away. Stop thinking about the past, cherich the present and dont bother worrying about the uncertain future. .... things will be fine as it is not as bad as it seems, if we remember to remind ourselves that there are others who are in worse circumstances compared to ourselves....perhaps only then we will remember to be grateful..insya Allah, we'll be a better person.

Saturday, May 21, 2011

Cara tu penting...

Ain nak CONGRATULATE team Pak Meow @[1628433125:R Firdaus A Wahab] serta brothers & sisters yang terlibat kerana ramai yang kagum & amat setuju serta menyokong pendekatan yang dianjurkan oleh anda semua yang tidak sangat orthodox, tidak pressure, terlalu banyak protokol sbg contoh dengan memberi statement yang berbunyi 'sila datang ke pejabat ..... untuk urusan sekian sekian perkara ye...' & tidak membosankan, malahan 'sangat understanding' dalam menyelami permasalahan saudara baru sbg contoh diri Ain sendiri. Ain setuju kalau Pak Meow sbg contoh mengatakan bahawa di peringkat awal, Muslim reverts harus diterapkan dengan ilmu tauhid until their iman is strong enough to live as a Muslim dan bukan menuding jari mengatakan ini boleh dan itu tak boleh tanpa pemahaman yang didahului dengan penjelasan. Jangan terkejut juga pernah ada pihak yang berkata macam macam tentang saudara baru tanpa cuba untuk menyelami keadaan serta permasalahan seseorang itu terlebih dahulu, yang natijahnya membuatkan seseorang mualaf itu tertekan. Mungkin mereka lupa yang saudara baru ni pun manusia, ada instinct yang boleh dapat mengagak bahawa permasalahan personal mereka diperbincangkan dari aspek negatif.Ain amat selesa dengan panggilan sister @ kak Ain dan Ain juga tidak rasa kekok memanggil brother @ sister kerana merasakan diri semuanya setaraf se Islam dengan diri Ain. Maaf dan diharapkan tidak keterlaluan kalau Ain katakan mungkin sesetengah gelaran seperti ustaz@ustazah@sheikh dan sbgnya membuatkan Ain rasa sedikit janggal yang mana setiap kali panggilan tersebut terpacul keluar dari mulut Ain, Ain merasakan seolah olah Ain ini 'below the standard' of certain classes of other Muslims. Anyways, it doesnt matter, keep up the good work brothers & sisters of PERKIM Ampang (wpun kebanyakannya bukan di@dari Ampang...), may Allah bless u....I will definitely recommend your service to any new reverts that I know,insyallah.Bukan tujuan nak sindir atau perli sesiapa, cuma diharapkan dapat diambil iktibar dari pengalaman Ain sendiri ini.

Friday, May 20, 2011

Y i embrace Islam?

“There's also people who is not believed what I have been see, but I really can't express it in "language". How can you describe something that's not even on earth by "language?”
This part of Brother Ikhwan’s Ng in his blog caught my attention and it reminds me of my answer weeks back when I was still so excited to answer why I embraced Islam whenever the question popped up. Nowadays, I just simply make it short after realizing that not everyone would understand or even believe what I told them about the dream I had when I was asked the question I didn’t know how to answer back then in the dream on which I was asked “Siapakah Tuhan kamu?’”

Merahsiakan keIslaman mualaf

Menyembunyikan keimanan bukanlah untuk selama-lamanya kerana apabila iman sudah mantap, tiada gangguan keluarga dan mereka bersedia mengamalkan ajaran Islam secara terbuka, maka boleh mengisytiharkan pengIslaman secara terbuka. Oleh itu, kita perlu memikirkan mekanisme sesuai bagi memaklumkan kepada keluarga yang memeluk Islam agar keselamatan fizikal dan aqidah saudara baru ini terpelihara.

Petikan dr Portal e-Syariah Komuniti Islam

Ain amat bersetuju sangat sangat dengan tulisan brother Ikhwan Ng please refer to http://lifemualaf.blogspot.com/2011/05/redefinition-of-underground-muslim.html di mana brother Ikhwan telah menyuarakan dengan jelas apa yang Ain personally rasai sendiri dalam melalui kehidupan seharian Ain sebagai Muslim di mata kasar dan pada masa yang sama masih kena remind diri bahawa Ain masih lagi V...... pada sesetangah pihak.

Rindu. . .

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.”

EGO

Ain ada cadangan! Apa kata kita gunakan 'ego' kita untuk melawan 'bisikan' syaitan. Sbg cth, bila kita harus melakukan sesuatu yang baik / wajib, manusia kekadang ego terlalu mengikut perasaan & tak nak buat apa yang sepatutnya. So apakata kita terbalikkan EGO penggunaan tu, instead of becoming stubborn & rebelious towards HIS words, why not kita jadi semakin defensive towards bisikan syaitan?brothers & sisters sila bagi pendapat tentang nafsu atau perasaan dalam ingin berlumba lumba dalam melakukan kebaikan

M A T I?

Alhamdullilah! Ain masih bernyawa. Tatkala masa teksi reverse hampir nak langgar Ain tadi, entah kenapa tetiba dalam kepala Ain tetiba terfikirkan ' perkara terakhir aku buat tadi sesuatu yang baik kah? Dah solat Subuh? dah... then masa traffic jam, ada lah sikit ilang sabar (agak marah) & TERmengeluh tetiba hway jam pulak. aiyak! Then terbayang bayang pulak dalam kepala ' Ni Mesti c Setan bertanduk macam dlm YouTube tengah bertepuk tangah Hooray hooray bila Ain marah.' Nasib bek mampu cool down. Teringat pula discussion dengan Pak Firdous Kucing dengan Adeq Taufiq semalam di mana Ain ajukan soalan kpd Pak Meow mengatakan 'Adakah normal untuk seseorang sbg cth apa yg Ain rasa skrg ni bila nampak orang dalam kain kapan terbujur atas lantai (terbayang bayang babak solat jenazah dlm berita pasal budak dipukul sehingga meninggal dunia), Ain pulak Ain masih hidup tapi bley pulak sentiasa ingat MATI itu PASTI ANYTIME.

Nur Ain Meow KINI

Assalamualaikum brothers & sisters semua.Alhamdullilah kita masih dirahmatiNYA dengan dipinjamkan sedikit lagi waktu dan kita masih boleh bertemu lagi di FB hari ini. Mungkin pertemuan kita bukan fizikal, tetapi kita bersama di hati, Insya Allah. Di sini Ain ingin mengucapkan banyak banyak terima kasih kepada semua atas segala pemberian support, sharing of knowldge, advice & apa sahaja help yang Ain perlukan sepanjang Ain bergelar seorang Muslim, alhamdullilah hampir 5 bulan Ain bergelar Muslim. Siapa sangka pada hari ini, hati Ain disentuh & menerima Islam setelah 28tahun dilahirkan ke dunia ini, begini hebat & agungnya ketentuanNYA yang Maha Kuasa. Ain juga ingin minta maaf kepada any brothers atau sisters yang mungkin rasa tersinggung dengan kata kata atau perbuatan yang terlanjur dalam sedar atau tidak sepanjang perkenalan kita. Ain cumalah manusia biasa, hambaNYA yang baru hendak belajar merangkak seperti bayi yang apabila terjatuh akan menangis serta meronta atau merajuk dan suka dipujuk untuk dipupuk semangatnya untuk tidak berputus asa & usahanya tidak sia sia.Mungkin ada yang merasakan issue yang Ain ketengahkan adalah agak remeh temeh seperti perihal solat, pengertian aurat & kewajipan Ain sebagai Muslimah dan sbgnya.Tetapi Ain yakin Allah akan membalas yang sewajarnya atas segala usaha yang diberikan oleh brothers dan sisters semua dalam mendewasakan Ain sebagai seorang Muslim yang masih lagi jahil dalam memahami kehidupan ini. Ain mungkin masih belum pandai mengaji, namum alhamdullilah Ain mampu membaca terjemahan Al Quran dalam Bahasa Melayu kebanyakan masa selepas solat di mana Ain teringat bahawa beberapa dinyatakan bahawa Allah akan membalas amal hambaNYA dengan sewajarnya walaupun sebesar zarah. Andaikata suatu hari nanti salah seorang dari kita sudah tiba ditentukan masanya dipanggil kembali kepadaNYA dan tiada lagi di sini termasuklah diri Ain sendiri, tetapi apa yang kita niat, serta amal & apa jua yang pernah kita sedekahkan pada each other di dalam FB ini, walau dalam bentuk sepotong ayat sharing of knowledge@motivasi akan tetap ada, insya Allah boleh dimanfaatkan oleh keturunan kita yang akan datang. Tidak mustahil nanti Ain akan bercerita dengan anak anak Ain dan generasi akan datang seterusnya permulaan titik tolak dan perjalan hidup Ain yang asalnya mualaf tentang apa yang Ain perolehi dari anda semua.

Baby

Tersentuh & lahir kesedaran serta keinsafan dalam diri apabila melihat wanita sarat mengandung dibawa ke ambulans di MRR2 yang menjadi punca traffic jam semalam. Semakin terasa apabila terbaca salah satu bab di dalam buku baru 'Destinasi terakhir Manusia, Syurga @ Neraka' sementara menunggu masuk waktu solat Subuh tadi pagi tentang kejadian janin dalam rahim ibu sebelum diizinkan kejadiannya oleh ALLAH swt, bagaimana malaikat diperintahkan untuk pergi merujuk kepada Ummul Kitab (Luh al-Mahfuz) untuk menulis empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya dan celaka atau bahagianya serta untuk menjaganya di dalam rahim ibunya sehingga dia lahir ke dunia ini dalam keadaan tidak mengetahui apa apa. Ain rindu & sayang mummy di Kuching. . .

Kekasih....KAU

Disebutkan dalam sebuah atsar bahawa Allah SWT berfirman, “Ingatlah, sesungguhnya orang-orang yang soleh telah lama rindu untuk bertemu denganKU. Padahal AKU jauh lebih rindu kepada mereka. Tidaklah para perindu itu rindu kepadaku kecuali kerana kurnia kerinduanKU kepada mereka. Ingatlah, barang siapa mencariKU, nescaya ia akan mendapatkanKU. Barangsiapa mencari selainKU, nescaya ia tidak akan pernah mendapatkanKU. Adakah orang yang menghadap kepadaKU, kemudian AKU tidak menyambtnya? Adakah orang yang berdoa kepadaKU, lalu AKU tidak makbulkan doanya? Dan adakah orang yang meminta kepadaKU, lalu AKU tidak member kepadanya?”….

Kisah solat Ain

Dulu aku amat teruja untuk mengetahui bagaimana untuk menunaikan solat...


Sebagai permulaan, aku biasakan diriku belajar sehingga mahir mengambil wudhu setiap kali masuk waktu solat...


Tidak dapat ku tahan air mata dari mengalir melihat diriku memakai telekung untuk julung kalinya...


Seperti anak kecil, aku merujuk setiap pergerakan solat dari buku poket panduan solat serta carta untuk kanak kanak. . .


Setelah itu aku berusaha untuk menghafal tertib serta faham maksud setiap bacaan, diselangselikan dengan menukar helaian setiap muka surat untuk setiap pergerakan...


Kemudian aku mampu solat, walaupun dengan amat perlahan,namun belum mampu melafazkan bacaan Arab nya...


Yang aku terdaya lakukan, hanyalah niat di dalam hati & hayati maksud bacaannya dalam Bahasa Melayu dalam setiap pergerakan solat...


Pada waktu itu,


Aku cuma yakin untuk solat sendirian


Kali pertama aku melangkah ke dalam surau dan masjid untuk solat berjemaah, perasaan aku begitu gementar...


Terasa seperti tiada lagi darah yang mengalir dalam badan ku ini


Khuatir ada yang mengata atau perasan kesilapan aku bersolat


Kerana diri ini baru 3 minggu bergelar Muslim


Sehinggakan pernah suatu ketika aku menangis di dalam surau kerana tidak mampu mengumpul keyakinan untuk bersolat di tempat awam


Atas dorongan brothers & sisters yang mengingatkan bahawa 'hanya ALLAH sahaja yang berhak menilai solat awak, lagipun DIA faham, awak masih mcm baby yang baru nak belajar merangkak dan berjalan..yang penting niat dan keinginan awak untuk solat...'


Teringat


Alhamdullilah, dengan izinNYA, setelah 5 bulan bergelar Muslim, aku mampu menunaikan solat 5 waktu dilengkapi dengan kebolehan melafazkan bacaan Arabnya sekali...
Tidak terasa lagi berat badan ini teruji setiap kali masuk waktu
Terasa teruja apabila masuk waktu pula
Ketika ku bermunajat dengan Tuhanku
Segala yang ada di sekelilingku seolah olah lenyap
Diiringi dengan titisan air mata
Terutamanya di waktu tengah malam
ya Allah.... terima kasih kerana menganugerahkan 'keadaan' ku ini
Tanpa cacat celanya anggota tubuh ku ini
Tanpa gentar & tanpa halangan untuk menunaikan solatku
dan cukup selesa persekitaran ku kau sediakan untuk ku...
Alhamdullilah..
Semoga SOLAT ku..mampu membentuk nurani ku di dunia ini sebagai hambaMU
Dan penyelematku di akhirat nanti
Insya Allah..................

LUPA & INGAT

Manusia seringkali 'lupa' kpdNYA apabila ada kesenangan dari segi harta benda, teman teman untuk berseronok, bila merasakan diri ada insan insan yang mencintai atau menyayanginya
Tetapi...apabila salah satu itu mulai goyah, maka manusia pun mulai goyah, barulah teringat kepadaNYA
Manusia ada juga yang bersyukur dan merasakan lapang dada di atas kenikmatan dariNYA atas kesenangan yang diperoleh,sehingga begitu menebal iman di dada mereka
Tetapi...apabila salah satu itu mulai goyah, maka mereka tergelincir lalu menjadi 'marah' terhadap ketentuanNYA
Jadilah kita manusia yang sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan, dalam kesenangan atau dugaan...agar kita diredhaiNYA,insyallah

Mama Sentul

Semalam terdetik hati Ain untuk menulis mengenai sedekah.  Teringat pula kepada seorang makcik yang tinggal di flat 2 bilik di Sentul  yang menggelarkan dirinya MAMA kepada sesiapa sahaja yang mengenalinya. Kehidupannya ala sederhana, dan apabila diselidiki belum tentu cukup wang belanja. Namun, 1 hari ketika Ain ke rumah, Ain diizinkan Allah untuk meilhat bagaimana lapangnya dada insan yang sentiasa ingat kepadaNYA. Seringkali penjual carpet atau penjaja singgah ke rumah mama untuk minta air, kalau Muslim diberikannya air Yassin kerana mama suka buat air Yassin banyak banyak dalam botol. Setiap kali Ain melawatnya sekali sekala,dia pasti sedekahkan berbotol botol air Yassin kepada Ain dan kalau ada kain tudung bidang besar serta baju kurung yang orang sedekahkan kepadanya (mama mengajar orang mengaji), akan diberikan kepada Ain kerana mama tahu Ain suka tudung bidang besar.Kagum sekali bagaimana mama tidak pernah memikirkan dirinya yang tidak mewah tetapi sentiasa cuba untuk memenuhi keperluan orang lain. Sesiapa sahaja yang bertandang ke rumahnya, pasti akan dijamu dengan apa sahaja minuman & makanan yang dia ada walau sekadar keropok dan air sirap ros. Mama ada 2 orang anak angkat kecil Irfan & Nasihah, comel sekali bila melihat telatah mereka, badan sihat pula tu. Irfan adalah anak luar nikah dan Nasihah pula anak bayi perempuan berketurunan Cina,yang ditinggalkan oleh ibu mereka di hospital selepas dilahirkan. Kasihan sekali mendengarnya, mama terus ditawarkan oleh jururawat di sana untuk sign semua dokumen untuk mengambil bayi bayi tesebut pada 2 tahun lalu.Entah bagaimana ada kesanggupan untuk berbuat begitu, hanya yang pernah melakukannya sahaja yang tahu. Kali terakhir Ain ada  bertanya pada mama, bagaimana mama mampu menjaga 2 bayi pada masa yang sama, dengan keadaan ekonomi mama yang serba begini, tak penat ke jaga 2 orang serentak? Jawapannya adalah, hanya Allah sahaja yang tahu dan DIA telah permudahkan segalanya. Mari kita bayangkan, 1 baby sahaja ada yang dah cukup pening sampai jadi kurus dan tak cukup tidur, sakit dan sebagainya, inikan pula 2orang,tambahan lagi mama ada 3 orang anak sendiri. Pada masa yang sama, pernah diceritakan oleh adik Siti Sarah Phang Abdullah (anak angkat mama), mama pernah menjaga jiran India yang tiada penjaga sehingga orang tersebut mati,mama juga pernah menjaga ibu tunggal dan anaknya yang cacat malah meng'kapan'kan anak tersebut.Malah ada beberapa lagi kisah menyentuh perasaan tentang mama yang Ain ketahui tetapi tidak sempat muatkan di sini.Mama sendiri sebenarnya ada 3 orang cahaya mata.Yang sulung kerja di McDonalds, baru sahaja dinaikkan pangkat menjadi manager baru baru ini, anak kedua baru mendapat keputusan SPM dapat 9A (mendapat tawaran lanjutkan pelajaran bidang Medic bawah Biasiswa JPA ke Autralia,insyallah) dan yang paling kecil tahun depan Tahun 6, alhamdullilah.Anak sulung mama bernama Nadia pernah ada teman lelaki India yang baru memeluk Islam selama 2minggu sehingga mendapat tentangan keluarga lelaki tersebut,namun mungkin Allah lebih sayangkan dia, baru 2 minggu memeluk Islam dia telah meninggal dunia di dalam 1 kemalangan,tetapi mama tidak pernah putus asa memberi semangat kepada Nadia. Nadia pula sudah berubah,sekarang sudah bertudung dan mulai solat. Mama juga ada 1 orang anak angkat baru wanita berketurunan India yang akan memeluk Islam tidak lama lagi. Mama tidak pandai bercakap seperti kebanyakan kita, tetapi kehidupannya yang dilakukan ikhlas demi Allah, sudah cukup sabagai salah satu caranya berdakwah kepada masyarakat tentang keindahan Islam.Masya Allah....ada juga insan semurni itu di dunia ini,setiap kalai Ain menjenguknya sekali sebulan, tidak pernah lupa dia untuk mengucup muka Ain seperti kasih sayanf seorang ibu.Ain bersyukur dapat mengenali mama. Marilah kita bersama sama fikirkan, sedekah bukan hanya sekadar harta atau wang ringgit, tetapi sejauh mana perhatian terutama dari segi pengorbanan harta dan masa yang dilakukan ikhlas untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya kepada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menerbitkan tujuh tangkai, tiap tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya,lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."(Surah Al Baqarah : 261)

Gunalah AKAL, tanyalah HATI, BERSERAH kepada ALLAH

Brothers & sisters yang berusaha untuk berjaya hijrah, semoga istiqamah. Setiap 1 kebaikan akan ada banyak dugaan (pesanan Mama Sentul)..jangan risau dengan apa yang dilakukan@dikatakan oleh orang lain kerana mereka hanyalah manusia biasa seperti kita. Walaupun kita juga hanya manusia tetapi dalam hati kita sentiasa RASA kehadiran ada Allah swt, Maha Kuasa lagi Maha Agung.
'Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnah (oleh kaum Musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar.Sesungguhnya Tuhanmu sedudah itu (iaitu sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan) adalah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.' (Surah al-nahl 16:110)
Solusi Isu 31 mengupas sesuatu yang menarik yakni 'Lain di Mulut,Lain di Hati'. Bukan berniat nak berprasangka tak baik terhadap orang lain, cuma ingin mengingatkan bahawa kita harus tabah,sabar & bersedia menghadapi keadaan di mana memang ADA manusia yang bersikap 'lain di mulut,lain di hati', sebab belum diperkatakan hal tersebut kepada pihak lain atau dalam erti lain, 'talam 2 muka',ini dah menjurus kepada mengumpat atau fitnah pulak..... Tetapi, yakinlah bahawa andai kata kita berada di pihak yang benar, maka kebenaran itu akan tetap terserlah selain kita mendoakan untuk pihak yang berbuat demikian kepada kita. Mulut manusia, kita manusia tak akan mampu menutupnya.Sudah lumrah ramai yang bila bertemu bukan main lagi senyum,bersembang dengan orang lain seolah olah kawan baik (tetapi di hati hanya Allah sahaja) yang tahu. Kita pula, selaku pihak lagi 1, sentiasalah mengingat kebaikan atau kelebihan orang lain serta kelemahan diri, agar terhindar dari perasaan yang tidak elok yang merupakan 'highway' atau laluan untuk syaitan menyelinap masuk ke dalam hati kita.
"Dan janganlah kamu menuruti kehendak orang kafir dan munafik itu. Janganlah kamu hiraukan celaan mereka dan bertawakallah kepada Allah.Dan cukuplah Allah sebagai pelindung (yang menyelamatkan kamu)" (Surah al-Ahzab 33:48)

Misunderstood Muslimah in the Present World

Muslim women are being misunderstood expecially when it comes to their rights in Islam. Muslim sisters wear Hijab and encurage women not b out there to work etc, as much as men because Islam 'protect' their women, not 'dominate' them. A deeper understanding and a wise mind would understand this. For instance, when someone has a diamond, they would secure it in a safe or in a glass display with high tech laser seceurity system. In the diamond's owner private time, he would take the diamond out, polish & admire it. It doesnt matter or it would be better of that no 1 knows about the existence of the daiamond, otherwise the owner would be at risk of getting the diamond stolen by robbers (and these are the bad people..n doubt on that). No one would just wear their diamonds or leave it out in the street to be seen@touched by anyone unnecessarily. That is a simple analogy I can come up with on why Muslimah should cover themselves up. When it comes to why attitude and the role of a Muslim woman in this present world, most non Muslims thought that Muslim women are being dominated by man whereby they are not encouraged to work or get involved with the outside world compared to men. Here comes another example, if a women who is a mother is so busy with her career, and trust me (often we see in some cases, working women have 'their' own  ego), not to mentoion if they earn more or even equally the same amount of wage with te husband, woman will tend to get carried away with the attitude of being a boss in the office hence behave the same way at home. And what happend to the children? They may not be 'materially' neglected, but 'spiritually'or emotionally, they may be neglected. Isnt it enough for us to see, hear & come to know of increasing cases of social decay these days? Why is it most people who are from remote areas such as small towns and villages were able to produce better Malaysians in those day where mst mothers were housewives, for example. It is because they stick to the basic. Men play their parts and women does the same. However,if a woman can be a good careerwoman, a wife,and a mother, thats even better. It reminds me of a saying that were displayed in the television once in while, well....I am not sure if everyone can relate to it but from my point of view, I can see the point on which it says something like 'the sunat done will only be counted in if the 'compulsory' are done'.Same goes to woman, if woman cannot be a daughter@wife@mother, regardless of how many awards she was won and being recognized for her good work in the career, it may not be considered good enough or accepted by HIS side.I may be a new Muslim but thanks to Allah by providing me oppoturnities to learn & understand Islam better. Trying my level best to learn, adapt & practise life how Muslim women are spposed to arent easy if we do it without knowing and understanding WOMAN IN ISLAM. Especially when so many others who are non Muslims or even some Muslims, do Misunderstood Muslimah in this present world...

Aku dalam jihad?

Kekadang terfikir, adakah salahkah kita berubah begini? Atau salah mereka kerana tidak mengerti? Tidak adil bagi kita menyalahkan sesiapa dalam sesuatu perkara kerana 'mereka' tidak faham apa yang kta lalui. Walau bagaimanapun, kit seharusnya panjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana tanpa 'mereka',kita mungkin tidak akan nampak kontra betapa berharganya Islam bila Islam dipandang oleh setiap Muslim as 'my life' dan bukan hanya sebagai 'my religion'. Biarlah depa nak gelak@mengata kita mcm2 tak reti bergaya (sbb pakai blouse & bj kurung je manjang) & pakai tudung (asyik fesyen sama je sbb itu shj style yg bley tutup dada yang kita tahu) @ control ayu (wanita mesti jaga percakapan & tundukkan pandangan maa kan?...)@ anti social @ whatsoever,kita cuma hrpkan keredhaanNYA. Sebagai contoh, setiap hari staff office tingkat atas yang lalu depan office Ain (Ain duduk d counter depan customer service), depa tak sedar suara@gelak tawa bergema sampai Ain dpt dgr di lobby. Tak kurang juga ada kenalan yang kurang melibatkan aku dalam gathering or perjumpaan social kawan kawan mungkin khuatir rasa kekok, tak mengapa, alhamdullilah, Allah jauhkan 'anasir' tidak elok dari hidupku. Dalam sedar tak sedar, dari segi kehidupan Ain juga banyak berubah, especially time management, social pattern, physical appearance, communication, mentality & banyak lagi aspect lain dalam kehidupan.Kalau dahulu sentiasa meluangkan banyak masa di office dan keluar dengan kawan kawan sekarang ni hanya di office, dan rumah sahaja. Keluar untuk berjumpa sahabat sekali sekala & untuk majlis ilmu agama @usrah dengan brothers&sisters.Alah telah gantikan kehidupan baru & saudara @ kawan baru yan lebih baik dalam hidupku. Dengan harapan Ain juga setia hari ingin istiqamah hijrah kehidupan ini. Dari segi fizikal & gaya hidup ku, mungkin nampak 'membosankan' dan tak ada standard. Namun, hanya Ain sahaja atau mungkin ada lagi beberapa broters@sisters yang faham keadaan ini kerana telah melaluinya sendiri.Tetapi berbekalkan keyakinan Allah sentiasa di hatiu, dan malaikatNYA sentiasa mengawasi amalku, cukuplah.Ingat dala setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini adaah untuk apa? UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.Jadi,  Adakah ini pun dikatakan sebagai sebahagian dari 'jihad'?