Friday, May 20, 2011

Baby

Tersentuh & lahir kesedaran serta keinsafan dalam diri apabila melihat wanita sarat mengandung dibawa ke ambulans di MRR2 yang menjadi punca traffic jam semalam. Semakin terasa apabila terbaca salah satu bab di dalam buku baru 'Destinasi terakhir Manusia, Syurga @ Neraka' sementara menunggu masuk waktu solat Subuh tadi pagi tentang kejadian janin dalam rahim ibu sebelum diizinkan kejadiannya oleh ALLAH swt, bagaimana malaikat diperintahkan untuk pergi merujuk kepada Ummul Kitab (Luh al-Mahfuz) untuk menulis empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya dan celaka atau bahagianya serta untuk menjaganya di dalam rahim ibunya sehingga dia lahir ke dunia ini dalam keadaan tidak mengetahui apa apa. Ain rindu & sayang mummy di Kuching. . .

No comments:

Post a Comment