Friday, May 20, 2011

Gunalah AKAL, tanyalah HATI, BERSERAH kepada ALLAH

Brothers & sisters yang berusaha untuk berjaya hijrah, semoga istiqamah. Setiap 1 kebaikan akan ada banyak dugaan (pesanan Mama Sentul)..jangan risau dengan apa yang dilakukan@dikatakan oleh orang lain kerana mereka hanyalah manusia biasa seperti kita. Walaupun kita juga hanya manusia tetapi dalam hati kita sentiasa RASA kehadiran ada Allah swt, Maha Kuasa lagi Maha Agung.
'Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnah (oleh kaum Musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar.Sesungguhnya Tuhanmu sedudah itu (iaitu sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan) adalah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.' (Surah al-nahl 16:110)
Solusi Isu 31 mengupas sesuatu yang menarik yakni 'Lain di Mulut,Lain di Hati'. Bukan berniat nak berprasangka tak baik terhadap orang lain, cuma ingin mengingatkan bahawa kita harus tabah,sabar & bersedia menghadapi keadaan di mana memang ADA manusia yang bersikap 'lain di mulut,lain di hati', sebab belum diperkatakan hal tersebut kepada pihak lain atau dalam erti lain, 'talam 2 muka',ini dah menjurus kepada mengumpat atau fitnah pulak..... Tetapi, yakinlah bahawa andai kata kita berada di pihak yang benar, maka kebenaran itu akan tetap terserlah selain kita mendoakan untuk pihak yang berbuat demikian kepada kita. Mulut manusia, kita manusia tak akan mampu menutupnya.Sudah lumrah ramai yang bila bertemu bukan main lagi senyum,bersembang dengan orang lain seolah olah kawan baik (tetapi di hati hanya Allah sahaja) yang tahu. Kita pula, selaku pihak lagi 1, sentiasalah mengingat kebaikan atau kelebihan orang lain serta kelemahan diri, agar terhindar dari perasaan yang tidak elok yang merupakan 'highway' atau laluan untuk syaitan menyelinap masuk ke dalam hati kita.
"Dan janganlah kamu menuruti kehendak orang kafir dan munafik itu. Janganlah kamu hiraukan celaan mereka dan bertawakallah kepada Allah.Dan cukuplah Allah sebagai pelindung (yang menyelamatkan kamu)" (Surah al-Ahzab 33:48)

No comments:

Post a Comment