Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Suntikan KETENANGAN

Alhamdulillah, kini sudah lebih dari separuh dari bulan Ramadhan dan nampaknya tidaklah sesukar mana untuk berpuasa ye? Allah berfirman bahawa semua amal ibadah yang lain adalah untuk hambaNYA tetapi berpuasa di bulan Ramadhan adalah untuk Allah swt. setakat ni..selaku seorang wanita kenalah redha sebab tak dapat puasa penuh kerana 'kitaran biologi badan'.Pepaham sendiri lah ye?Apa yang I nak share kali adalah cuma nak beritahu apa yang baru berlaku pada diri I bebaru ni.

Facebook.Seperti biasa kita akan share dan luahkan apa sahaja, almost anything kan? Seperti biasa, I pun luahkanlah keadaan diri I yang kesunyian,diduga dari banyak segi dan sebagainya. In the end, adalah suara sumbang yang komen, I ni menceritakan aib diri sendiri dengan berbuat begitu, Salahkah I share & luahkan? Ada juga lah yang mengatakan saya ni mengeluh. Itulah dia.... siap kata 'cabaran dia lalui lebih besar lagi.' As for me, I rasa I tak layak nak kata dugaan orang lain kecil atau besar, sebab seperti bertan tan nasihat yang I dah terima mengatakan 'Allah tidak akan menduga hambaNYA melebihi kemampuan seseorang itu sendiri'.
Kita tak tahu dan tak rasa keperitan yang orang lain lalui, jadi janganlah kita sewenang wenangnya nak komen macam macam, orang dah lah tengah down, wrong timing nak bagi nasihat macam tu. Bukan saya berniat nak keras kepala.

Alhamdulillah dah lebih sebulan settle down di tempat tinggal baru, wpun hidup saya kebanyakan masa adalah 'within the 4 walls' sahaja, tetapi itu bukan issuenya. 1st Ramadhan adalah agak sayu bagi saya kerana bersahur & berbuka sendirian, apabila terdengar seruan azan Maghrib. Menjelang minggu ke 2 barulah ada aktiviti sikit semakin banyak jemputan dari brothers dan sisters untuk iftar bersama sama dan I pun decide nak menunaikan solat terawih sekeran mungkin mana yang termampu. Malam kali pertama solat terawih adalah pengalaman yang best namun agak kelakar sebab hampir terlelap sebab bacaan surah yang terlalu panjang. Setiap hari diri ini semakin merindui my parents,called them up almost everyday. But still di malam hari mengenangkan diri yang hidupnya tidak pernah ada banyak persamaan berbanding hamba Allah yang lain sejak kecil lagi. Hidup ku tidak mewah serba serbi hanya sekadar cukup cukup keperluan saja dan kebanyakan masanya memang banyak cabaran untuk manage my financial situation sebenarnya kerana dari segi perubahan pekerjaan, pendapatan & cara hidup yang kini berbeza,dari segi material, kasih sayang keluarga hanya di hatiku memujuk sendiri yang jauh dari mereka & kawan kawan pula tidak banyak dapat meluangkan masa dengan diri ku ini, serta apatah lagi 'teman' di hati, jauh sekali sebab memang saya ni single. Kalau nak hidup enjoy macam orang lain, pun tidak ada guna,sementara saja. Kalau nak terus mabuk bercinta dengan insan bergelar lelaki dan seterusnya melalaikan diri ini dari Allah swt, naudzubillah..No thanks,I'd rather be single. Saban hari menangis tatkala keseorangan.

Teman teman di Facebook have been very supportive.Namun keresahan di hati tetap rasa tidak tenang. I have to admit at 1 point about a week ago i almost gave up hope on my life. Sehinggakan hati terasa sudah 'mati', dan my HEART and my HEAD is battling. Kepalaku mengatakan bahawa ini adalah hidup susah ini  yang ku sendiri pilih, tetapi HATI ku mengatakan ini adalah ketentuan Illahi. Entah bagaimana Allah takdirkan kakiku melangkah ke balkoni dan aku terpandang ke langit dan tiba tiba...seolah olah dadaku yang sesak, kepalaku yang serabut tiba tiba terasa lapang. Dengan ringan kaki ku melangkah ke arah bilik air mengambil wudhu & qadha solat Maghrib yang telah aku abaikan tadi. Astghfirullah...how can I gave up hope on Allah swt. Allah masih sayangkan diri ini, ketika melafazkan Tahiyyat Akhir, air mata berderai mengucapkan kalimah syahadah,terasa kasih sayangnya.

Keesokkan harinya,hati ini rasa seperti telah 'dibersihkan' segala 'semak samunnya'. Tidak terasa sakit sedikitpun tentang apa yang telah terjadi pada diri ini. Inilah dia yang dikatakan Allah makbulkan doaku ketika I really need it. Setiap kali diri ini berdoa selepas solat fardhu, seringkali ku mohon ditetapkan keimanan serta kekuatan hati, dan itulah dia SUNTIKAN KETENANGAN yang Allah janjikan apabila hambaNYA ingat kepadaNYA.......

Friday, May 20, 2011

Gunalah AKAL, tanyalah HATI, BERSERAH kepada ALLAH

Brothers & sisters yang berusaha untuk berjaya hijrah, semoga istiqamah. Setiap 1 kebaikan akan ada banyak dugaan (pesanan Mama Sentul)..jangan risau dengan apa yang dilakukan@dikatakan oleh orang lain kerana mereka hanyalah manusia biasa seperti kita. Walaupun kita juga hanya manusia tetapi dalam hati kita sentiasa RASA kehadiran ada Allah swt, Maha Kuasa lagi Maha Agung.
'Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnah (oleh kaum Musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar.Sesungguhnya Tuhanmu sedudah itu (iaitu sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan) adalah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.' (Surah al-nahl 16:110)
Solusi Isu 31 mengupas sesuatu yang menarik yakni 'Lain di Mulut,Lain di Hati'. Bukan berniat nak berprasangka tak baik terhadap orang lain, cuma ingin mengingatkan bahawa kita harus tabah,sabar & bersedia menghadapi keadaan di mana memang ADA manusia yang bersikap 'lain di mulut,lain di hati', sebab belum diperkatakan hal tersebut kepada pihak lain atau dalam erti lain, 'talam 2 muka',ini dah menjurus kepada mengumpat atau fitnah pulak..... Tetapi, yakinlah bahawa andai kata kita berada di pihak yang benar, maka kebenaran itu akan tetap terserlah selain kita mendoakan untuk pihak yang berbuat demikian kepada kita. Mulut manusia, kita manusia tak akan mampu menutupnya.Sudah lumrah ramai yang bila bertemu bukan main lagi senyum,bersembang dengan orang lain seolah olah kawan baik (tetapi di hati hanya Allah sahaja) yang tahu. Kita pula, selaku pihak lagi 1, sentiasalah mengingat kebaikan atau kelebihan orang lain serta kelemahan diri, agar terhindar dari perasaan yang tidak elok yang merupakan 'highway' atau laluan untuk syaitan menyelinap masuk ke dalam hati kita.
"Dan janganlah kamu menuruti kehendak orang kafir dan munafik itu. Janganlah kamu hiraukan celaan mereka dan bertawakallah kepada Allah.Dan cukuplah Allah sebagai pelindung (yang menyelamatkan kamu)" (Surah al-Ahzab 33:48)