Semalam terdetik hati Ain untuk menulis mengenai sedekah. Teringat pula kepada seorang makcik yang tinggal di flat 2 bilik di Sentul yang menggelarkan dirinya MAMA kepada sesiapa sahaja yang mengenalinya. Kehidupannya ala sederhana, dan apabila diselidiki belum tentu cukup wang belanja. Namun, 1 hari ketika Ain ke rumah, Ain diizinkan Allah untuk meilhat bagaimana lapangnya dada insan yang sentiasa ingat kepadaNYA. Seringkali penjual carpet atau penjaja singgah ke rumah mama untuk minta air, kalau Muslim diberikannya air Yassin kerana mama suka buat air Yassin banyak banyak dalam botol. Setiap kali Ain melawatnya sekali sekala,dia pasti sedekahkan berbotol botol air Yassin kepada Ain dan kalau ada kain tudung bidang besar serta baju kurung yang orang sedekahkan kepadanya (mama mengajar orang mengaji), akan diberikan kepada Ain kerana mama tahu Ain suka tudung bidang besar.Kagum sekali bagaimana mama tidak pernah memikirkan dirinya yang tidak mewah tetapi sentiasa cuba untuk memenuhi keperluan orang lain. Sesiapa sahaja yang bertandang ke rumahnya, pasti akan dijamu dengan apa sahaja minuman & makanan yang dia ada walau sekadar keropok dan air sirap ros. Mama ada 2 orang anak angkat kecil Irfan & Nasihah, comel sekali bila melihat telatah mereka, badan sihat pula tu. Irfan adalah anak luar nikah dan Nasihah pula anak bayi perempuan berketurunan Cina,yang ditinggalkan oleh ibu mereka di hospital selepas dilahirkan. Kasihan sekali mendengarnya, mama terus ditawarkan oleh jururawat di sana untuk sign semua dokumen untuk mengambil bayi bayi tesebut pada 2 tahun lalu.Entah bagaimana ada kesanggupan untuk berbuat begitu, hanya yang pernah melakukannya sahaja yang tahu. Kali terakhir Ain ada bertanya pada mama, bagaimana mama mampu menjaga 2 bayi pada masa yang sama, dengan keadaan ekonomi mama yang serba begini, tak penat ke jaga 2 orang serentak? Jawapannya adalah, hanya Allah sahaja yang tahu dan DIA telah permudahkan segalanya. Mari kita bayangkan, 1 baby sahaja ada yang dah cukup pening sampai jadi kurus dan tak cukup tidur, sakit dan sebagainya, inikan pula 2orang,tambahan lagi mama ada 3 orang anak sendiri. Pada masa yang sama, pernah diceritakan oleh adik Siti Sarah Phang Abdullah (anak angkat mama), mama pernah menjaga jiran India yang tiada penjaga sehingga orang tersebut mati,mama juga pernah menjaga ibu tunggal dan anaknya yang cacat malah meng'kapan'kan anak tersebut.Malah ada beberapa lagi kisah menyentuh perasaan tentang mama yang Ain ketahui tetapi tidak sempat muatkan di sini.Mama sendiri sebenarnya ada 3 orang cahaya mata.Yang sulung kerja di McDonalds, baru sahaja dinaikkan pangkat menjadi manager baru baru ini, anak kedua baru mendapat keputusan SPM dapat 9A (mendapat tawaran lanjutkan pelajaran bidang Medic bawah Biasiswa JPA ke Autralia,insyallah) dan yang paling kecil tahun depan Tahun 6, alhamdullilah.Anak sulung mama bernama Nadia pernah ada teman lelaki India yang baru memeluk Islam selama 2minggu sehingga mendapat tentangan keluarga lelaki tersebut,namun mungkin Allah lebih sayangkan dia, baru 2 minggu memeluk Islam dia telah meninggal dunia di dalam 1 kemalangan,tetapi mama tidak pernah putus asa memberi semangat kepada Nadia. Nadia pula sudah berubah,sekarang sudah bertudung dan mulai solat. Mama juga ada 1 orang anak angkat baru wanita berketurunan India yang akan memeluk Islam tidak lama lagi. Mama tidak pandai bercakap seperti kebanyakan kita, tetapi kehidupannya yang dilakukan ikhlas demi Allah, sudah cukup sabagai salah satu caranya berdakwah kepada masyarakat tentang keindahan Islam.Masya Allah....ada juga insan semurni itu di dunia ini,setiap kalai Ain menjenguknya sekali sebulan, tidak pernah lupa dia untuk mengucup muka Ain seperti kasih sayanf seorang ibu.Ain bersyukur dapat mengenali mama. Marilah kita bersama sama fikirkan, sedekah bukan hanya sekadar harta atau wang ringgit, tetapi sejauh mana perhatian terutama dari segi pengorbanan harta dan masa yang dilakukan ikhlas untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya kepada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menerbitkan tujuh tangkai, tiap tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya,lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."(Surah Al Baqarah : 261)
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya kepada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menerbitkan tujuh tangkai, tiap tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya,lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."(Surah Al Baqarah : 261)
No comments:
Post a Comment