Saturday, May 21, 2011

Cara tu penting...

Ain nak CONGRATULATE team Pak Meow @[1628433125:R Firdaus A Wahab] serta brothers & sisters yang terlibat kerana ramai yang kagum & amat setuju serta menyokong pendekatan yang dianjurkan oleh anda semua yang tidak sangat orthodox, tidak pressure, terlalu banyak protokol sbg contoh dengan memberi statement yang berbunyi 'sila datang ke pejabat ..... untuk urusan sekian sekian perkara ye...' & tidak membosankan, malahan 'sangat understanding' dalam menyelami permasalahan saudara baru sbg contoh diri Ain sendiri. Ain setuju kalau Pak Meow sbg contoh mengatakan bahawa di peringkat awal, Muslim reverts harus diterapkan dengan ilmu tauhid until their iman is strong enough to live as a Muslim dan bukan menuding jari mengatakan ini boleh dan itu tak boleh tanpa pemahaman yang didahului dengan penjelasan. Jangan terkejut juga pernah ada pihak yang berkata macam macam tentang saudara baru tanpa cuba untuk menyelami keadaan serta permasalahan seseorang itu terlebih dahulu, yang natijahnya membuatkan seseorang mualaf itu tertekan. Mungkin mereka lupa yang saudara baru ni pun manusia, ada instinct yang boleh dapat mengagak bahawa permasalahan personal mereka diperbincangkan dari aspek negatif.Ain amat selesa dengan panggilan sister @ kak Ain dan Ain juga tidak rasa kekok memanggil brother @ sister kerana merasakan diri semuanya setaraf se Islam dengan diri Ain. Maaf dan diharapkan tidak keterlaluan kalau Ain katakan mungkin sesetengah gelaran seperti ustaz@ustazah@sheikh dan sbgnya membuatkan Ain rasa sedikit janggal yang mana setiap kali panggilan tersebut terpacul keluar dari mulut Ain, Ain merasakan seolah olah Ain ini 'below the standard' of certain classes of other Muslims. Anyways, it doesnt matter, keep up the good work brothers & sisters of PERKIM Ampang (wpun kebanyakannya bukan di@dari Ampang...), may Allah bless u....I will definitely recommend your service to any new reverts that I know,insyallah.Bukan tujuan nak sindir atau perli sesiapa, cuma diharapkan dapat diambil iktibar dari pengalaman Ain sendiri ini.

No comments:

Post a Comment