Showing posts with label mualaf. Show all posts
Showing posts with label mualaf. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Merahsiakan keIslaman mualaf

Menyembunyikan keimanan bukanlah untuk selama-lamanya kerana apabila iman sudah mantap, tiada gangguan keluarga dan mereka bersedia mengamalkan ajaran Islam secara terbuka, maka boleh mengisytiharkan pengIslaman secara terbuka. Oleh itu, kita perlu memikirkan mekanisme sesuai bagi memaklumkan kepada keluarga yang memeluk Islam agar keselamatan fizikal dan aqidah saudara baru ini terpelihara.

Petikan dr Portal e-Syariah Komuniti Islam

Ain amat bersetuju sangat sangat dengan tulisan brother Ikhwan Ng please refer to http://lifemualaf.blogspot.com/2011/05/redefinition-of-underground-muslim.html di mana brother Ikhwan telah menyuarakan dengan jelas apa yang Ain personally rasai sendiri dalam melalui kehidupan seharian Ain sebagai Muslim di mata kasar dan pada masa yang sama masih kena remind diri bahawa Ain masih lagi V...... pada sesetangah pihak.

Nur Ain Meow KINI

Assalamualaikum brothers & sisters semua.Alhamdullilah kita masih dirahmatiNYA dengan dipinjamkan sedikit lagi waktu dan kita masih boleh bertemu lagi di FB hari ini. Mungkin pertemuan kita bukan fizikal, tetapi kita bersama di hati, Insya Allah. Di sini Ain ingin mengucapkan banyak banyak terima kasih kepada semua atas segala pemberian support, sharing of knowldge, advice & apa sahaja help yang Ain perlukan sepanjang Ain bergelar seorang Muslim, alhamdullilah hampir 5 bulan Ain bergelar Muslim. Siapa sangka pada hari ini, hati Ain disentuh & menerima Islam setelah 28tahun dilahirkan ke dunia ini, begini hebat & agungnya ketentuanNYA yang Maha Kuasa. Ain juga ingin minta maaf kepada any brothers atau sisters yang mungkin rasa tersinggung dengan kata kata atau perbuatan yang terlanjur dalam sedar atau tidak sepanjang perkenalan kita. Ain cumalah manusia biasa, hambaNYA yang baru hendak belajar merangkak seperti bayi yang apabila terjatuh akan menangis serta meronta atau merajuk dan suka dipujuk untuk dipupuk semangatnya untuk tidak berputus asa & usahanya tidak sia sia.Mungkin ada yang merasakan issue yang Ain ketengahkan adalah agak remeh temeh seperti perihal solat, pengertian aurat & kewajipan Ain sebagai Muslimah dan sbgnya.Tetapi Ain yakin Allah akan membalas yang sewajarnya atas segala usaha yang diberikan oleh brothers dan sisters semua dalam mendewasakan Ain sebagai seorang Muslim yang masih lagi jahil dalam memahami kehidupan ini. Ain mungkin masih belum pandai mengaji, namum alhamdullilah Ain mampu membaca terjemahan Al Quran dalam Bahasa Melayu kebanyakan masa selepas solat di mana Ain teringat bahawa beberapa dinyatakan bahawa Allah akan membalas amal hambaNYA dengan sewajarnya walaupun sebesar zarah. Andaikata suatu hari nanti salah seorang dari kita sudah tiba ditentukan masanya dipanggil kembali kepadaNYA dan tiada lagi di sini termasuklah diri Ain sendiri, tetapi apa yang kita niat, serta amal & apa jua yang pernah kita sedekahkan pada each other di dalam FB ini, walau dalam bentuk sepotong ayat sharing of knowledge@motivasi akan tetap ada, insya Allah boleh dimanfaatkan oleh keturunan kita yang akan datang. Tidak mustahil nanti Ain akan bercerita dengan anak anak Ain dan generasi akan datang seterusnya permulaan titik tolak dan perjalan hidup Ain yang asalnya mualaf tentang apa yang Ain perolehi dari anda semua.