Friday, May 20, 2011

Y i embrace Islam?

“There's also people who is not believed what I have been see, but I really can't express it in "language". How can you describe something that's not even on earth by "language?”
This part of Brother Ikhwan’s Ng in his blog caught my attention and it reminds me of my answer weeks back when I was still so excited to answer why I embraced Islam whenever the question popped up. Nowadays, I just simply make it short after realizing that not everyone would understand or even believe what I told them about the dream I had when I was asked the question I didn’t know how to answer back then in the dream on which I was asked “Siapakah Tuhan kamu?’”

Merahsiakan keIslaman mualaf

Menyembunyikan keimanan bukanlah untuk selama-lamanya kerana apabila iman sudah mantap, tiada gangguan keluarga dan mereka bersedia mengamalkan ajaran Islam secara terbuka, maka boleh mengisytiharkan pengIslaman secara terbuka. Oleh itu, kita perlu memikirkan mekanisme sesuai bagi memaklumkan kepada keluarga yang memeluk Islam agar keselamatan fizikal dan aqidah saudara baru ini terpelihara.

Petikan dr Portal e-Syariah Komuniti Islam

Ain amat bersetuju sangat sangat dengan tulisan brother Ikhwan Ng please refer to http://lifemualaf.blogspot.com/2011/05/redefinition-of-underground-muslim.html di mana brother Ikhwan telah menyuarakan dengan jelas apa yang Ain personally rasai sendiri dalam melalui kehidupan seharian Ain sebagai Muslim di mata kasar dan pada masa yang sama masih kena remind diri bahawa Ain masih lagi V...... pada sesetangah pihak.

Rindu. . .

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.”

EGO

Ain ada cadangan! Apa kata kita gunakan 'ego' kita untuk melawan 'bisikan' syaitan. Sbg cth, bila kita harus melakukan sesuatu yang baik / wajib, manusia kekadang ego terlalu mengikut perasaan & tak nak buat apa yang sepatutnya. So apakata kita terbalikkan EGO penggunaan tu, instead of becoming stubborn & rebelious towards HIS words, why not kita jadi semakin defensive towards bisikan syaitan?brothers & sisters sila bagi pendapat tentang nafsu atau perasaan dalam ingin berlumba lumba dalam melakukan kebaikan

M A T I?

Alhamdullilah! Ain masih bernyawa. Tatkala masa teksi reverse hampir nak langgar Ain tadi, entah kenapa tetiba dalam kepala Ain tetiba terfikirkan ' perkara terakhir aku buat tadi sesuatu yang baik kah? Dah solat Subuh? dah... then masa traffic jam, ada lah sikit ilang sabar (agak marah) & TERmengeluh tetiba hway jam pulak. aiyak! Then terbayang bayang pulak dalam kepala ' Ni Mesti c Setan bertanduk macam dlm YouTube tengah bertepuk tangah Hooray hooray bila Ain marah.' Nasib bek mampu cool down. Teringat pula discussion dengan Pak Firdous Kucing dengan Adeq Taufiq semalam di mana Ain ajukan soalan kpd Pak Meow mengatakan 'Adakah normal untuk seseorang sbg cth apa yg Ain rasa skrg ni bila nampak orang dalam kain kapan terbujur atas lantai (terbayang bayang babak solat jenazah dlm berita pasal budak dipukul sehingga meninggal dunia), Ain pulak Ain masih hidup tapi bley pulak sentiasa ingat MATI itu PASTI ANYTIME.

Nur Ain Meow KINI

Assalamualaikum brothers & sisters semua.Alhamdullilah kita masih dirahmatiNYA dengan dipinjamkan sedikit lagi waktu dan kita masih boleh bertemu lagi di FB hari ini. Mungkin pertemuan kita bukan fizikal, tetapi kita bersama di hati, Insya Allah. Di sini Ain ingin mengucapkan banyak banyak terima kasih kepada semua atas segala pemberian support, sharing of knowldge, advice & apa sahaja help yang Ain perlukan sepanjang Ain bergelar seorang Muslim, alhamdullilah hampir 5 bulan Ain bergelar Muslim. Siapa sangka pada hari ini, hati Ain disentuh & menerima Islam setelah 28tahun dilahirkan ke dunia ini, begini hebat & agungnya ketentuanNYA yang Maha Kuasa. Ain juga ingin minta maaf kepada any brothers atau sisters yang mungkin rasa tersinggung dengan kata kata atau perbuatan yang terlanjur dalam sedar atau tidak sepanjang perkenalan kita. Ain cumalah manusia biasa, hambaNYA yang baru hendak belajar merangkak seperti bayi yang apabila terjatuh akan menangis serta meronta atau merajuk dan suka dipujuk untuk dipupuk semangatnya untuk tidak berputus asa & usahanya tidak sia sia.Mungkin ada yang merasakan issue yang Ain ketengahkan adalah agak remeh temeh seperti perihal solat, pengertian aurat & kewajipan Ain sebagai Muslimah dan sbgnya.Tetapi Ain yakin Allah akan membalas yang sewajarnya atas segala usaha yang diberikan oleh brothers dan sisters semua dalam mendewasakan Ain sebagai seorang Muslim yang masih lagi jahil dalam memahami kehidupan ini. Ain mungkin masih belum pandai mengaji, namum alhamdullilah Ain mampu membaca terjemahan Al Quran dalam Bahasa Melayu kebanyakan masa selepas solat di mana Ain teringat bahawa beberapa dinyatakan bahawa Allah akan membalas amal hambaNYA dengan sewajarnya walaupun sebesar zarah. Andaikata suatu hari nanti salah seorang dari kita sudah tiba ditentukan masanya dipanggil kembali kepadaNYA dan tiada lagi di sini termasuklah diri Ain sendiri, tetapi apa yang kita niat, serta amal & apa jua yang pernah kita sedekahkan pada each other di dalam FB ini, walau dalam bentuk sepotong ayat sharing of knowledge@motivasi akan tetap ada, insya Allah boleh dimanfaatkan oleh keturunan kita yang akan datang. Tidak mustahil nanti Ain akan bercerita dengan anak anak Ain dan generasi akan datang seterusnya permulaan titik tolak dan perjalan hidup Ain yang asalnya mualaf tentang apa yang Ain perolehi dari anda semua.

Baby

Tersentuh & lahir kesedaran serta keinsafan dalam diri apabila melihat wanita sarat mengandung dibawa ke ambulans di MRR2 yang menjadi punca traffic jam semalam. Semakin terasa apabila terbaca salah satu bab di dalam buku baru 'Destinasi terakhir Manusia, Syurga @ Neraka' sementara menunggu masuk waktu solat Subuh tadi pagi tentang kejadian janin dalam rahim ibu sebelum diizinkan kejadiannya oleh ALLAH swt, bagaimana malaikat diperintahkan untuk pergi merujuk kepada Ummul Kitab (Luh al-Mahfuz) untuk menulis empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya dan celaka atau bahagianya serta untuk menjaganya di dalam rahim ibunya sehingga dia lahir ke dunia ini dalam keadaan tidak mengetahui apa apa. Ain rindu & sayang mummy di Kuching. . .