Tuesday, June 21, 2011

Ujian

Astaghfirullah! Sekali lagi kekuatan hati & iman Ain diuji dengan fitnah tajam yang mampu membunuh keyakinan diri Ain.Ada beberapa pihak yang suka menyalah gunakan atau mengambil kesempatan dengan sifat Ain yang kekadang malas nak membela diri ini. Bukan apa,bagi Ain adalah lebih baik bagi seseorang itu berdiam diri daripada membela dirinya.Dikhuatiri nanti melampaui batas tanpa disedari.

1 sms diterima dari seseorang yang katanya nak kenal Ain dari seorang kawan.Ain mula mula malas nak layan,tapi almaklumlah species lembut hati macam Ain ni akhirnya minta maaf di atas kekasaran bahasa tadi. Apparently he turned out to be okay...nama dia Shamsul katanya dan duduk di Sentul. Well, okay...then pada suatu hari dia minta add FB but malam tu Ain terasa hati macam teragak agak nak bagi.Kemudian pada hari berikutnya Ain beri jugak my email address to send friend request pada Nur Ain Meow.

Kemudian Shamsul dapat tahu rupa rupanya Ain is a Muslim revert, and dengan kuasa Allah dia pun berterus terang mengatakan bahawa dia sebenarnya berniat tak baik pada Ain pada mulanya, tetapi setelah dia mengetahui siapa status Ain sebenarnya,dia kata....dia dah tak nak teruskan rancangannya. Puncanya adalah ada 1orang manusia ini yang telah menyebarkan sesuatu yang kurang elok pasal diri Ain dan mengakibatkan Ain jadi mangsanya. Sejak daripada hari tu, Shamsul terus 'lenyap' dari hidup Ain,tiada lagi sms darinya.

Inilah dia dikatakan bagaimana Allah memelihara hambaNYA.....alhamdulillah. Ain doakan insan tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Shamsul itu akan sentiasa diberi balasan yang baik kerana tidak meneruskan niat jahatnya itu,amin.Ain juga mendoakan agar insan insan yang suka bercakap atau memperkatakan tentang sesuatu yang kurang elok tentang orang lain diberikan petunjuk. Walaupun di kalangan kawan kawan sendiri. Kita hanyalah insan biasa,tiada yang sempurna.Manusia terlupa bahawa,nak jadi lebih baik atau tak nak berubah jadi baik,daripada kita tak buat langsung atleast buat sedikit demi sedikit dan akhirnya akan membawa perubahan,tak ape,pelan pelan.Allah paling tahu keadaan hambaNYA. Walaupun Ain tidak pandai mengaji Al Quran, Ain harap mampu istiqamah usaha untuk hijrah ke arah yang lebih baik. Iman umpama suhu terkadang naik terkadang turun,terkadang aku alim dan terkadang aku zalim,menzalimi diriku. Tetapi sebagai insan yang setiap satunya dibekal roh dan seketul daging yang dinamakan hati,sebagai sumber kehidupan dan malaikat yang sentiasa mengawasi dan membisikkan perkara yang membawa kepada kebaikan,insya Allah Ain akan teruskan juga perjalanan ini.Dulu Ain merasakan diri kuat sekadar untuk menghadapi 'suara sumbang' ni tetapi when I am put to the test,ternyata Ain masih lemah (tak sedar diri masih 'baby').Mungkin apa yang terjadi kebelakangan ni di mana ujian dalam bentuk 'suara suara sumbang' ini adalah sebagai training ataupun persiapa bagi diri Ain andaikata tiba masanya nanti menerima tomahan dan caci maki kerana memilih Islam,daripada pihak yang mungkin tidak meredhai keIslaman Ain ...wallahualam.

Bukan mudah untuk Ain dapat Islam, dan walaupun berpegang pada Islam dalam hidup Ain seumpama berpaut pada besi yang panas....kerana besi panas itu juga yang akan menjadi parut di tangan Ain yang akan sentiasa kekal pada diri Ain..insya Allah

1 comment:

  1. teruskan usaha anda ain. kami sentiasa menyokong
    ruby 0136397089

    ReplyDelete