Friday, May 20, 2011

Kisah solat Ain

Dulu aku amat teruja untuk mengetahui bagaimana untuk menunaikan solat...


Sebagai permulaan, aku biasakan diriku belajar sehingga mahir mengambil wudhu setiap kali masuk waktu solat...


Tidak dapat ku tahan air mata dari mengalir melihat diriku memakai telekung untuk julung kalinya...


Seperti anak kecil, aku merujuk setiap pergerakan solat dari buku poket panduan solat serta carta untuk kanak kanak. . .


Setelah itu aku berusaha untuk menghafal tertib serta faham maksud setiap bacaan, diselangselikan dengan menukar helaian setiap muka surat untuk setiap pergerakan...


Kemudian aku mampu solat, walaupun dengan amat perlahan,namun belum mampu melafazkan bacaan Arab nya...


Yang aku terdaya lakukan, hanyalah niat di dalam hati & hayati maksud bacaannya dalam Bahasa Melayu dalam setiap pergerakan solat...


Pada waktu itu,


Aku cuma yakin untuk solat sendirian


Kali pertama aku melangkah ke dalam surau dan masjid untuk solat berjemaah, perasaan aku begitu gementar...


Terasa seperti tiada lagi darah yang mengalir dalam badan ku ini


Khuatir ada yang mengata atau perasan kesilapan aku bersolat


Kerana diri ini baru 3 minggu bergelar Muslim


Sehinggakan pernah suatu ketika aku menangis di dalam surau kerana tidak mampu mengumpul keyakinan untuk bersolat di tempat awam


Atas dorongan brothers & sisters yang mengingatkan bahawa 'hanya ALLAH sahaja yang berhak menilai solat awak, lagipun DIA faham, awak masih mcm baby yang baru nak belajar merangkak dan berjalan..yang penting niat dan keinginan awak untuk solat...'


Teringat


Alhamdullilah, dengan izinNYA, setelah 5 bulan bergelar Muslim, aku mampu menunaikan solat 5 waktu dilengkapi dengan kebolehan melafazkan bacaan Arabnya sekali...
Tidak terasa lagi berat badan ini teruji setiap kali masuk waktu
Terasa teruja apabila masuk waktu pula
Ketika ku bermunajat dengan Tuhanku
Segala yang ada di sekelilingku seolah olah lenyap
Diiringi dengan titisan air mata
Terutamanya di waktu tengah malam
ya Allah.... terima kasih kerana menganugerahkan 'keadaan' ku ini
Tanpa cacat celanya anggota tubuh ku ini
Tanpa gentar & tanpa halangan untuk menunaikan solatku
dan cukup selesa persekitaran ku kau sediakan untuk ku...
Alhamdullilah..
Semoga SOLAT ku..mampu membentuk nurani ku di dunia ini sebagai hambaMU
Dan penyelematku di akhirat nanti
Insya Allah..................

No comments:

Post a Comment