Kekadang terfikir, adakah salahkah kita berubah begini? Atau salah mereka kerana tidak mengerti? Tidak adil bagi kita menyalahkan sesiapa dalam sesuatu perkara kerana 'mereka' tidak faham apa yang kta lalui. Walau bagaimanapun, kit seharusnya panjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana tanpa 'mereka',kita mungkin tidak akan nampak kontra betapa berharganya Islam bila Islam dipandang oleh setiap Muslim as 'my life' dan bukan hanya sebagai 'my religion'. Biarlah depa nak gelak@mengata kita mcm2 tak reti bergaya (sbb pakai blouse & bj kurung je manjang) & pakai tudung (asyik fesyen sama je sbb itu shj style yg bley tutup dada yang kita tahu) @ control ayu (wanita mesti jaga percakapan & tundukkan pandangan maa kan?...)@ anti social @ whatsoever,kita cuma hrpkan keredhaanNYA. Sebagai contoh, setiap hari staff office tingkat atas yang lalu depan office Ain (Ain duduk d counter depan customer service), depa tak sedar suara@gelak tawa bergema sampai Ain dpt dgr di lobby. Tak kurang juga ada kenalan yang kurang melibatkan aku dalam gathering or perjumpaan social kawan kawan mungkin khuatir rasa kekok, tak mengapa, alhamdullilah, Allah jauhkan 'anasir' tidak elok dari hidupku. Dalam sedar tak sedar, dari segi kehidupan Ain juga banyak berubah, especially time management, social pattern, physical appearance, communication, mentality & banyak lagi aspect lain dalam kehidupan.Kalau dahulu sentiasa meluangkan banyak masa di office dan keluar dengan kawan kawan sekarang ni hanya di office, dan rumah sahaja. Keluar untuk berjumpa sahabat sekali sekala & untuk majlis ilmu agama @usrah dengan brothers&sisters.Alah telah gantikan kehidupan baru & saudara @ kawan baru yan lebih baik dalam hidupku. Dengan harapan Ain juga setia hari ingin istiqamah hijrah kehidupan ini. Dari segi fizikal & gaya hidup ku, mungkin nampak 'membosankan' dan tak ada standard. Namun, hanya Ain sahaja atau mungkin ada lagi beberapa broters@sisters yang faham keadaan ini kerana telah melaluinya sendiri.Tetapi berbekalkan keyakinan Allah sentiasa di hatiu, dan malaikatNYA sentiasa mengawasi amalku, cukuplah.Ingat dala setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini adaah untuk apa? UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.Jadi, Adakah ini pun dikatakan sebagai sebahagian dari 'jihad'?
No comments:
Post a Comment