Saturday, September 17, 2011

Jika Aku Jatuh Cinta...


Hari ini Ain terasa ingin menyentuh tentang CINTA,setiap hari Ain menahan kesabaran di dalam melalui hari hari ini walaupun sendirian emotionally,Ain gagahkan juga,Ain doakan agar ditemukan dengan jodoh yang mencintai Ain yang boleh membimbing Ain di dunia ke arah akhirat yang lebih baik serta seimbang jiwanya dunia & akhirat,seperti insan lain. Terbaca nukilan ini di salah satu group yang Ain ada dalam Facebook, dan Ain merasakan seolah olah kata kata dalam ini adalah semuanya yang Ain sering minta dariNYA malah lebih complete ....mari kita hayati & fikirkan bersama dalam memilih pasangan hidup.
 
Jika Aku Jatuh Cinta

Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
...
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Amin.....
 
Credit to

Wednesday, September 7, 2011

Nikmat

Jam menunjukkan hampir jam 3:30 pagi dan Ain masih lagi terjaga, sementara menunggu air yang dijerang mendidih kerana tergerak hati untuk mencuba cara minum susu panas untuk tidur yang lebih lena. Rasanya hampir sejam yang lalu dah telan ubat tidur tapi gagal 'mengantuk'kan mata yang celik & segar bugar lagi ni. Tiada lagi tanda tanda nak tidur..hurm merisaukan kerana esok pagi dah nak kena masuk kerja jam 10pagi.

Oh! Kenapa Ain tergerak hati untuk menitipkan pendapat tentang NIKMAT adalah kerana sejak keadaan kesihatan diri yang agak membimbangkan kebelakangan ini di mana Ain tanpa sedar telah mengabaikan sakit urat saraf yang dah semakin 'affect' my life di mana selalu sangat dapat 'migraineous headache' dan juga 'insomnia' yang akhirnya menyebabkan Ain kekurangan tenaga kerana tidak cukup rehat. Bergantung kepada 'makanan' untuk sumber tenaga tidak mencukupi. In the end doctor sahkan Ain mengidap keadaan kesihatan yang dinamakan sebagai 'low blood pressure'. Tak pernah terfikir bahawa keadaan kesihatan ini amat merbahaya until, one fine day on Sunday, Ain rasa seperti my body lost it's balance, dan jatuh tersungkur ke hadapan kerana rasa pening pening lalat, tapak tangan serta lutut terluka kerana menahan impact badan.

Doctor cuma prescribe ubat dan vitamin untuk urat saraf, yas,alhamdulillah dah tiada migraine but sakit kepala pening masih ada, dan insomnia pun ada kerana ubat tidur yang tidak cukup kuat untuk menumpaskan kecelikan mata ini.

Barulah Ain sedar nikmatnya tidur selama ni....dan barulah sedar betapa nikmatnya mampu solat bersujud di atas lutut serta tapak tangan sendiri yang menyentuh bumi, jadi dalam masa beberapa hari ni solat duduk sajalah nampaknya..... kalau tak nanti rasa macam nak pitam, tapak tangan dan lutut pula lebam.

Hidup 'single' juga suatu nikmat sebenarnya. Baru baru ini, Allah swt telah takdirkan Ain diberi peluang meluangkan masa dengan 1 hamba Allah yang sudah berumahtangga tetapi dari pemerhatian Ain,keadaan rumahtangganya amat mencabar kesabaran. Andaikata Ain yang di dalam situasi dia, belum tentu Ain mampu bersabar sehingga ke tahap itu. Semoga Allah memberikan suntikan kekuatan kepada saudara ku itu,amin.

Oleh itu, marilah kita sentiasa menghargai setiap saat yang ada dalam kehidupan kita walau 'sepahit' mana pun keadaan itu kerana boleh jadi keadaan yang lebih teruk mungkin berlaku selain apa yang kita hadapi sekarang ini.