Friday, February 15, 2013

My NEW life NOW

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama I tak menulis dalam blog ini and share about some stuffs with you guys out there yang sudi follow. Ribuan terima kasih dicuapkan for all the support dan juga pada yang sudi drop personal messages kepada I selama ini. Okay let me see where should I start? Alright banyak perkara telah berlaku since the last time I shared something in here kan? My job, my character, my upbringing as a new Muslim, my SIZE and also....my journey. Siapa sangka as a muallaf girl who used to have gone through banyak perkara dalam my life selama ini, alhamdulillah, I am beginning to see light at the end of the tunnel. Sekarang ni I dah kerja di UM sebagai contract staff saja apa apapun itu pun kira menarik juga perjalanan ceritanya. And paling tak dijangka, I am now one of the member of Safiya, a noble sharing of life by sis Leia. Sometimes I miss living life low, nak ke mana buat apa macamana dengan siapa semua kena jaga,however as for me the most important thing is be myself...rindu juga life yang not so busy macam dulu....tetapi Sekarang time to continue my work in the office. Will share pics and more stories,insya Allah

Saturday, September 17, 2011

Jika Aku Jatuh Cinta...


Hari ini Ain terasa ingin menyentuh tentang CINTA,setiap hari Ain menahan kesabaran di dalam melalui hari hari ini walaupun sendirian emotionally,Ain gagahkan juga,Ain doakan agar ditemukan dengan jodoh yang mencintai Ain yang boleh membimbing Ain di dunia ke arah akhirat yang lebih baik serta seimbang jiwanya dunia & akhirat,seperti insan lain. Terbaca nukilan ini di salah satu group yang Ain ada dalam Facebook, dan Ain merasakan seolah olah kata kata dalam ini adalah semuanya yang Ain sering minta dariNYA malah lebih complete ....mari kita hayati & fikirkan bersama dalam memilih pasangan hidup.
 
Jika Aku Jatuh Cinta

Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
...
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Amin.....
 
Credit to

Wednesday, September 7, 2011

Nikmat

Jam menunjukkan hampir jam 3:30 pagi dan Ain masih lagi terjaga, sementara menunggu air yang dijerang mendidih kerana tergerak hati untuk mencuba cara minum susu panas untuk tidur yang lebih lena. Rasanya hampir sejam yang lalu dah telan ubat tidur tapi gagal 'mengantuk'kan mata yang celik & segar bugar lagi ni. Tiada lagi tanda tanda nak tidur..hurm merisaukan kerana esok pagi dah nak kena masuk kerja jam 10pagi.

Oh! Kenapa Ain tergerak hati untuk menitipkan pendapat tentang NIKMAT adalah kerana sejak keadaan kesihatan diri yang agak membimbangkan kebelakangan ini di mana Ain tanpa sedar telah mengabaikan sakit urat saraf yang dah semakin 'affect' my life di mana selalu sangat dapat 'migraineous headache' dan juga 'insomnia' yang akhirnya menyebabkan Ain kekurangan tenaga kerana tidak cukup rehat. Bergantung kepada 'makanan' untuk sumber tenaga tidak mencukupi. In the end doctor sahkan Ain mengidap keadaan kesihatan yang dinamakan sebagai 'low blood pressure'. Tak pernah terfikir bahawa keadaan kesihatan ini amat merbahaya until, one fine day on Sunday, Ain rasa seperti my body lost it's balance, dan jatuh tersungkur ke hadapan kerana rasa pening pening lalat, tapak tangan serta lutut terluka kerana menahan impact badan.

Doctor cuma prescribe ubat dan vitamin untuk urat saraf, yas,alhamdulillah dah tiada migraine but sakit kepala pening masih ada, dan insomnia pun ada kerana ubat tidur yang tidak cukup kuat untuk menumpaskan kecelikan mata ini.

Barulah Ain sedar nikmatnya tidur selama ni....dan barulah sedar betapa nikmatnya mampu solat bersujud di atas lutut serta tapak tangan sendiri yang menyentuh bumi, jadi dalam masa beberapa hari ni solat duduk sajalah nampaknya..... kalau tak nanti rasa macam nak pitam, tapak tangan dan lutut pula lebam.

Hidup 'single' juga suatu nikmat sebenarnya. Baru baru ini, Allah swt telah takdirkan Ain diberi peluang meluangkan masa dengan 1 hamba Allah yang sudah berumahtangga tetapi dari pemerhatian Ain,keadaan rumahtangganya amat mencabar kesabaran. Andaikata Ain yang di dalam situasi dia, belum tentu Ain mampu bersabar sehingga ke tahap itu. Semoga Allah memberikan suntikan kekuatan kepada saudara ku itu,amin.

Oleh itu, marilah kita sentiasa menghargai setiap saat yang ada dalam kehidupan kita walau 'sepahit' mana pun keadaan itu kerana boleh jadi keadaan yang lebih teruk mungkin berlaku selain apa yang kita hadapi sekarang ini.

Thursday, August 18, 2011

Suntikan KETENANGAN

Alhamdulillah, kini sudah lebih dari separuh dari bulan Ramadhan dan nampaknya tidaklah sesukar mana untuk berpuasa ye? Allah berfirman bahawa semua amal ibadah yang lain adalah untuk hambaNYA tetapi berpuasa di bulan Ramadhan adalah untuk Allah swt. setakat ni..selaku seorang wanita kenalah redha sebab tak dapat puasa penuh kerana 'kitaran biologi badan'.Pepaham sendiri lah ye?Apa yang I nak share kali adalah cuma nak beritahu apa yang baru berlaku pada diri I bebaru ni.

Facebook.Seperti biasa kita akan share dan luahkan apa sahaja, almost anything kan? Seperti biasa, I pun luahkanlah keadaan diri I yang kesunyian,diduga dari banyak segi dan sebagainya. In the end, adalah suara sumbang yang komen, I ni menceritakan aib diri sendiri dengan berbuat begitu, Salahkah I share & luahkan? Ada juga lah yang mengatakan saya ni mengeluh. Itulah dia.... siap kata 'cabaran dia lalui lebih besar lagi.' As for me, I rasa I tak layak nak kata dugaan orang lain kecil atau besar, sebab seperti bertan tan nasihat yang I dah terima mengatakan 'Allah tidak akan menduga hambaNYA melebihi kemampuan seseorang itu sendiri'.
Kita tak tahu dan tak rasa keperitan yang orang lain lalui, jadi janganlah kita sewenang wenangnya nak komen macam macam, orang dah lah tengah down, wrong timing nak bagi nasihat macam tu. Bukan saya berniat nak keras kepala.

Alhamdulillah dah lebih sebulan settle down di tempat tinggal baru, wpun hidup saya kebanyakan masa adalah 'within the 4 walls' sahaja, tetapi itu bukan issuenya. 1st Ramadhan adalah agak sayu bagi saya kerana bersahur & berbuka sendirian, apabila terdengar seruan azan Maghrib. Menjelang minggu ke 2 barulah ada aktiviti sikit semakin banyak jemputan dari brothers dan sisters untuk iftar bersama sama dan I pun decide nak menunaikan solat terawih sekeran mungkin mana yang termampu. Malam kali pertama solat terawih adalah pengalaman yang best namun agak kelakar sebab hampir terlelap sebab bacaan surah yang terlalu panjang. Setiap hari diri ini semakin merindui my parents,called them up almost everyday. But still di malam hari mengenangkan diri yang hidupnya tidak pernah ada banyak persamaan berbanding hamba Allah yang lain sejak kecil lagi. Hidup ku tidak mewah serba serbi hanya sekadar cukup cukup keperluan saja dan kebanyakan masanya memang banyak cabaran untuk manage my financial situation sebenarnya kerana dari segi perubahan pekerjaan, pendapatan & cara hidup yang kini berbeza,dari segi material, kasih sayang keluarga hanya di hatiku memujuk sendiri yang jauh dari mereka & kawan kawan pula tidak banyak dapat meluangkan masa dengan diri ku ini, serta apatah lagi 'teman' di hati, jauh sekali sebab memang saya ni single. Kalau nak hidup enjoy macam orang lain, pun tidak ada guna,sementara saja. Kalau nak terus mabuk bercinta dengan insan bergelar lelaki dan seterusnya melalaikan diri ini dari Allah swt, naudzubillah..No thanks,I'd rather be single. Saban hari menangis tatkala keseorangan.

Teman teman di Facebook have been very supportive.Namun keresahan di hati tetap rasa tidak tenang. I have to admit at 1 point about a week ago i almost gave up hope on my life. Sehinggakan hati terasa sudah 'mati', dan my HEART and my HEAD is battling. Kepalaku mengatakan bahawa ini adalah hidup susah ini  yang ku sendiri pilih, tetapi HATI ku mengatakan ini adalah ketentuan Illahi. Entah bagaimana Allah takdirkan kakiku melangkah ke balkoni dan aku terpandang ke langit dan tiba tiba...seolah olah dadaku yang sesak, kepalaku yang serabut tiba tiba terasa lapang. Dengan ringan kaki ku melangkah ke arah bilik air mengambil wudhu & qadha solat Maghrib yang telah aku abaikan tadi. Astghfirullah...how can I gave up hope on Allah swt. Allah masih sayangkan diri ini, ketika melafazkan Tahiyyat Akhir, air mata berderai mengucapkan kalimah syahadah,terasa kasih sayangnya.

Keesokkan harinya,hati ini rasa seperti telah 'dibersihkan' segala 'semak samunnya'. Tidak terasa sakit sedikitpun tentang apa yang telah terjadi pada diri ini. Inilah dia yang dikatakan Allah makbulkan doaku ketika I really need it. Setiap kali diri ini berdoa selepas solat fardhu, seringkali ku mohon ditetapkan keimanan serta kekuatan hati, dan itulah dia SUNTIKAN KETENANGAN yang Allah janjikan apabila hambaNYA ingat kepadaNYA.......

Monday, June 27, 2011

Geram

Sah!Minah yang nak share sewa umah rumah dengan I, kaput.Iye iye je kata dont worry,duit deposit I ada, jangan bagi orang lain taw,lebih 10orang call nak bilik tu semua I reject gara gara kesian kat dia kata penat nak ulang alik naik KTM Rawang ke KL konon.....I confirm nak bilik tu,huh!yeah right! Kali ni & hari ni terhambur kata kata yang memang dah lama Ain tak rasa marah macam ni,dah lah serabut orang buat marah lagi. Hurmm.....baru hari tu nak menrik nafas lega, skarang ni ada lagi dugaan. In the end.....entry yang sangat pendek kali ni, Ain rasa dah malas dah nak control sana sini, yes I have to admit that this time I fail to pull myself together. Nak marah lepas gababom sekali meletop!lega rasa hati.... Dulu bila orang lain marah,Ain selalu kata,jangan marah marah,nanti syaitan montel montel....dia gembira apabila kita marah,siap goyang Inul lagi...hurm but now dan yang paling penting.... I am so sorry if I am being defensive and as pada yang tahu keadaan I macamna diharapkan anda pun bersabar dengan keadaan emosi I yang kurang kawalan ini.......astaghfirullahalziem,Ya Allah, mungkin rohani ku sanggup menerima dugaanmu,tetapi akalmu tidak pasti kemampuan diri ku ya Allah ....

Friday, June 24, 2011

Smooth as Silk

Alhamdulillah...all these obstacles is beginning to slow down, seems like there is light at the end of the tunnel.After weeks of living like a refugee, menumpang ke sana sini,akhirnya 1 by 1 perkara selesai. Ain harus akui this is not the 1st time I noticed this whereby ada saja dugaan yang datang,sangat menguji kesabaran,with the despair,anger..just name it,all the emotions were there at a time.

Pada mulanya Ain kekadang takut juga kekalau ada kekawan yang tak berapa Islamic ni tak berapa selesa dengan keadaan atau perubahan Ain sejak bergelar Muslim ni,nak buat apa apa pun kekok.Tetapi terharu juga apabila ada beberapa insan mulai menampakkan beberapa perubahan positif ke arah mencari keredhaanNYA sejak berkawan dengan Ain selepas beberapa bulan Ain memeluk agama yang benar ini.

Masa memula last minute bulan lepas time kena pindah rumah and look for a new place, pada masa yang sama,perihal budget pun mencelah juga,well...hiduo zaman sekarang mana ada yang tak guna duit kan? Menumpangkan diri dan bebarang in several places,yes...sangat memenatkan. 1 day an old friend texted me and was asking how I am and I told her that i am looking for a new place. Memandangkan dia pun nak pindah, so dia suggested the other day why not I just take over rumah sewa dia tu,ok jugak tu, budget nak wat bayar deposit rumah lain macam biasa dah confirm tak cukup.Alhamdulillah, we agreed upon what we discussed.

Since a few days ago,barulah boleh menarik nafas lega sikit, cuma agak 'kanchiong' bila memikirkan duit gaji dah licin almost 'zero' buat ganti duit deposit sewa umah akak yang I nak take over tu, bilik besar yang I nak let out tu pulak belum ada nak wat share jadi housemate,plan duit deposit bilik yang I nak sewakan tu nanti boleh cover balik sikit duit deposit rumah yang I dah dahulukan pada akak tu,walaupun tak sampai ribuan ringgit but as for me anything above RM100 dah kira banyaklah jugak bagi I yang serba sederhana ni.There was my emotions feeling very disturbed again.Lepas tolak semua benda nak bayar duit tinggal RM200 saja...macamana nak survive for 30days dengan RM200...hurm....

Jadi, pada suatu hari..suatu petang....ditakdirkan ada 1hamba Allah ni bantu I sikit,and pada petang yang sama juga I received a call from a girl yang interested nak sewa bilik besar tu,she is so desperate that she is confirmed to rent the room because selama ni for atleast a couple of months dia berulang alik dari KL - Rawan naik komuter,dah tak larat katanya. Since my new place is nearby the LRT station jadi dia lebih berminat & confirmed nak that room,and I also plan to take LRT masya Allah....selalu macam ni kan? Semunya last minute baru DIA buka ruang kita untuk menarik nafas lega,kan kan kan? Sedangkan nak dapat pemprosesan ulat sutera pun bukan mudah dan rumit bagi mendapat hasil sutera yang cantik dan berharga itu,inikan pulak kehidupan manusia yang dah confirm tak kan dari dari dugaan dan kerumitan.....selepas semuanya ini,insya Allah selepas ini semuanya akan smooth as silk....

Tuesday, June 21, 2011

Ujian

Astaghfirullah! Sekali lagi kekuatan hati & iman Ain diuji dengan fitnah tajam yang mampu membunuh keyakinan diri Ain.Ada beberapa pihak yang suka menyalah gunakan atau mengambil kesempatan dengan sifat Ain yang kekadang malas nak membela diri ini. Bukan apa,bagi Ain adalah lebih baik bagi seseorang itu berdiam diri daripada membela dirinya.Dikhuatiri nanti melampaui batas tanpa disedari.

1 sms diterima dari seseorang yang katanya nak kenal Ain dari seorang kawan.Ain mula mula malas nak layan,tapi almaklumlah species lembut hati macam Ain ni akhirnya minta maaf di atas kekasaran bahasa tadi. Apparently he turned out to be okay...nama dia Shamsul katanya dan duduk di Sentul. Well, okay...then pada suatu hari dia minta add FB but malam tu Ain terasa hati macam teragak agak nak bagi.Kemudian pada hari berikutnya Ain beri jugak my email address to send friend request pada Nur Ain Meow.

Kemudian Shamsul dapat tahu rupa rupanya Ain is a Muslim revert, and dengan kuasa Allah dia pun berterus terang mengatakan bahawa dia sebenarnya berniat tak baik pada Ain pada mulanya, tetapi setelah dia mengetahui siapa status Ain sebenarnya,dia kata....dia dah tak nak teruskan rancangannya. Puncanya adalah ada 1orang manusia ini yang telah menyebarkan sesuatu yang kurang elok pasal diri Ain dan mengakibatkan Ain jadi mangsanya. Sejak daripada hari tu, Shamsul terus 'lenyap' dari hidup Ain,tiada lagi sms darinya.

Inilah dia dikatakan bagaimana Allah memelihara hambaNYA.....alhamdulillah. Ain doakan insan tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Shamsul itu akan sentiasa diberi balasan yang baik kerana tidak meneruskan niat jahatnya itu,amin.Ain juga mendoakan agar insan insan yang suka bercakap atau memperkatakan tentang sesuatu yang kurang elok tentang orang lain diberikan petunjuk. Walaupun di kalangan kawan kawan sendiri. Kita hanyalah insan biasa,tiada yang sempurna.Manusia terlupa bahawa,nak jadi lebih baik atau tak nak berubah jadi baik,daripada kita tak buat langsung atleast buat sedikit demi sedikit dan akhirnya akan membawa perubahan,tak ape,pelan pelan.Allah paling tahu keadaan hambaNYA. Walaupun Ain tidak pandai mengaji Al Quran, Ain harap mampu istiqamah usaha untuk hijrah ke arah yang lebih baik. Iman umpama suhu terkadang naik terkadang turun,terkadang aku alim dan terkadang aku zalim,menzalimi diriku. Tetapi sebagai insan yang setiap satunya dibekal roh dan seketul daging yang dinamakan hati,sebagai sumber kehidupan dan malaikat yang sentiasa mengawasi dan membisikkan perkara yang membawa kepada kebaikan,insya Allah Ain akan teruskan juga perjalanan ini.Dulu Ain merasakan diri kuat sekadar untuk menghadapi 'suara sumbang' ni tetapi when I am put to the test,ternyata Ain masih lemah (tak sedar diri masih 'baby').Mungkin apa yang terjadi kebelakangan ni di mana ujian dalam bentuk 'suara suara sumbang' ini adalah sebagai training ataupun persiapa bagi diri Ain andaikata tiba masanya nanti menerima tomahan dan caci maki kerana memilih Islam,daripada pihak yang mungkin tidak meredhai keIslaman Ain ...wallahualam.

Bukan mudah untuk Ain dapat Islam, dan walaupun berpegang pada Islam dalam hidup Ain seumpama berpaut pada besi yang panas....kerana besi panas itu juga yang akan menjadi parut di tangan Ain yang akan sentiasa kekal pada diri Ain..insya Allah